‘Saya okay sahaja’ – Ismail

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 5:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: ‘Saya okay sahaja’ – Ismail

SEREMBAN: “Saya okay sahaja, tak ada apa nak komen pun.”

Itu reaksi ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkenaan video tular memaparkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang murka kepadanya pada Jumaat lalu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Negeri Sembilan Antlers bagi saingan Sepak Takraw League (STL) 2026 di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Tuanku Muhriz tidak mahu menerima menghadap Ismail selagi Menteri Besar itu tidak menarik balik kenyataan bahawa baginda bukan lagi pemerintah di Negeri Sembilan.

Ketegasan baginda itu tular menerusi satu video dipercayai dirakam selepas solat Jumaat di sebuah masjid di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Jumaat lalu

Dalam rakaman itu, baginda mempersoalkan tindakan Ismail yang didakwa menghantar surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan menyatakan keputusan yang dibuat bersama barisan Exco adalah sah, sekali gus mendakwa baginda bukan lagi merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Jadi, datang jumpa saya buat apa? Selagi dia tidak tarik balik apa yang dikatakan itu, jangan datang jumpa saya. Pergi, jangan jumpa saya, saya tidak mahu jumpa kamu, faham?” titah baginda.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditetapkan pada 26 November ini kekal seperti dijadualkan.

“Setakat ini masih sama, tiada perubahan tarikh,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan menaikkan insentif RM20,000 bagi setiap kejuaraan yang diraih NS Antlers manakala RM50,000 akan diberikan sekiranya pasukan itu muncul juara keseluruhan.

“Saya harap inisiatif ini akan menjadi satu ingatan yang kuat kepada pasukan kita bahawa kerajaan negeri memang menyokong sepenuhnya pasukan ini berdasarkan prestasi kecemerlangan mereka pada musim lalu,” katanya. – UTUSAN 

The post ‘Saya okay sahaja’ – Ismail appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved