“Saya Pandang Dia..” – Khabar Angin Bercinta Tular, Park Hyungsik Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Park Boyoung

Music
2 Feb 2024 • 1:47 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Park Hyung-sik bersuara mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa dirinya pernah bercinta dengan Park Bo-young.

Baru-baru ini, Park Hyung-sik telah membuat penampilan sebagai tetamu dalam siaran langsung YouTube milik PD Na Young-seok.

Di mana dalam video tersebut, dia telah mendedahkan perkara sebenar mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa dia dan Park Bo-young pernah bercinta semasa penggambaran “Strong Girl Bong-soon” dijalankan.

image is not available

Katanya,

Ramai yang kata cara saya pandang pasangan saya boleh buat orang jatuh cinta. Sebab itu juga semasa penggambaran ‘Strong Girl Bong-soon’ dijalankan, cara saya memandang Park Bo-young buat staf disitu merasakan bahawa kami sedang bercinta walaupun kami sebenarnya hanya berkawan.

Tambahnya,

Khabar angin itu tersebar dengan cepat di kalangan staf produksi. Sehingga menyebabkan Park Bo-young cakap dekat pengarah drama tersebut ‘cuba awak berlakon dengan Hyung-sik dan lihat sendiri pandangan yang dia berikan, saya akan rakam awak dan dia supaya awak faham apa yang saya rasa’.

Mendengar cerita tersebut, pasangan drama terkini Park Hyung-sik iaitu Park Shin-hye lantas bersetuju dan mendedahkan bahawa dia juga turut merasakan perkara yang sama ketika berlakon dengan lelaki tersebut.

Pandangan penuh cinta gitu~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved