“Saya Pun Manusia Ada Hati…” – Elcah Mohon Maaf Lepas Dedah Suami Curang

LocalFamily & Parenting
23 Jun 2025 • 11:05 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia elcah dedah suami curang

Baru-baru ni, media sosial kecoh bila personaliti terkenal, Elcah mendakwa suaminya, Afi Hilmi, berlaku curang dengan wanita lain dan siap sekat akaun Instagram isteri sendiri!

Tapi selepas pendedahan itu jadi tular, Elcah akhirnya tampil buat permohonan maaf secara terbuka dan akui kesilapan yang dibuat kerana terlalu ikut emosi.

Elcah akui salah, janji akan baiki diri…

Dalam satu hantaran di Instagram, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha mengakui kesilapannya sebagai isteri dan sedar tindakannya sebelum ini mungkin mengganggu keharmonian rumah tangga.

Setiap apa yang berlaku mungkin telah beri kesan kepada suami dan kedua-dua belah keluarga. Lagi sekali di sini saya mohon maaf atas segala yang terjadi. Saya juga manusia yang punya hati dan perasaan.

Dalam nada sebak dan penuh rendah diri, Elcah turut minta orang ramai terus mendoakan kesejahteraan dirinya agar dapat menjadi insan yang lebih baik.

Terima kasih kepada semua yang telah DM (direct message) nasihat yang baik. Semuanya saya baca dan hargai dengan sepenuh hati. Doakan saya. Semoga Allah membimbing saya ke jalan yang lebih baik.

Terdahulu, Elcah buat pendedahan di IG Story bahawa suaminya berlaku curang dan bertindak menyekat akaun Instagram miliknya. Pendedahan itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

Pssttt! Kadang-kadang, bila emosi menguasai diri, kita buat keputusan yang terburu-buru. Tapi yang penting, berani mengaku silap dan belajar untuk baiki diri. Dalam rumahtangga, bukan soal menang atau kalah, tapi bagaimana nak terus bertahan walau hati pernah luka. Kita doakan yang terbaik buat Elcah dan suaminya.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.