“Saya Rasa Okay Je Tak Seksi Pun” – Sophia Albarakbah Rasa Babak Mandi Dalam ‘Bathtub’ Tak Perlu Jadi Isu

EntertainmentMovie
20 Sep 2025 • 2:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktres Sophia Albarakbah berpendapat babak memaparkan dirinya berendam dalam tab mandi di dalam filem seram Tembuni Berdarah tidak seharusnya dibangkitkan atau diperkatakan ramai.

Kata pelakon berusia 32 tahun itu, dia bersetuju untuk melakonkan babak tersebut kerana bersesuaian dengan jalan cerita dan penting untuk menunjukkan kejadian paranormal yang berlaku pada watak Dr Izara yang dilakonkannya.

Saya pakai baju masa jayakan babak dalam ‘bathtub’ (tab mandi) itu. Ia tidak sepatutnya ada isu pun. Saya rasa babak itu okay saja kerana ia memang bersesuaian dengan jalan ceritanya.

image is not available

Sumber : Ahmad Ukasyah 

Mengulas lanjut mengenai kecaman netizen susulan babak itu, Sophia berkata dia percaya babak berendam dalam tab mandi itu tidak perlu dijadikan isu dan diperbesarkan.

Saya tak rasa orang akan persoalkan babak itu sebab tidak seksi pun. Lagi pun babak dalam tab mandi itu saya pakai baju di dalam, cuma ia ditutupi dengan buih saja.

image is not available

Kata Sophia lagi, dia sememangnya tidak akan menerima tawaran berlakon sekiranya perlu melakonkan babak yang keterlaluan.

Dalam pada itu, aktres tersebut juga berpendapat orang ramai perlu memfokuskan pada darah dan hantu di dalam babak dilakonnya di dalam tab mandi itu.

Sudah tentu kalau ada babak yang keterlaluan seperti tak selamat untuk tontonan rakyat Malaysia, saya tak akan terima.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-05 16:53:17

"Terus Berbuat Baik" - Banyak Hantaran Buruk Dipadam, Sophia Albarakbah Dedah Ramai Minta Maaf