“Tak Sesuai Umur” – Wulan Guritno Kena Kecam Gara-Gara Asyik Berlakon Babak Ranjang

EntertainmentLifestyle
18 Sep 2025 • 1:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon popular Indonesia, Wulan Guritno, sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas melakonkan watak seksi dan penggoda dalam drama terbaharunya. Aksi ranjang bersama pelakon lelaki muda dalam drama itu mengundang rasa kurang senang ramai yang beranggapan lakonan sebegitu tidak lagi sesuai dengan usianya.

“Selalu sangat berlakon macam ni, nampak macam makcik kurang kasih sayang pula,” tulis seorang pengguna media sosial.

Dalam drama berjudul ‘Mama-Mama Pengejar Cinta’, Wulan membawakan watak wanita penggoda bernama Adia, bergandingan dengan Masayu Anastasia dan Asri Welas.

Ini bukan kali pertama aktres berusia 44 tahun itu menerima kritikan. Sebelum ini, dia juga dikecam hebat menerusi drama dan filem ‘Open Bo’ serta ‘Jakarta City of Dreamers’ yang didakwa terlalu sarat dengan unsur seksual.

image is not available

image is not available

Malah, ada netizen menuduh Wulan sanggup menonjolkan tubuh demi meraih perhatian serta mencetus rangsangan lelaki.

“Dia macam tak kisah nak berlakon apa sahaja, asalkan boleh tayang badan. Muka nampak tua dan kendur, tapi tetap cantik sebab tubuh dijaga rapi,” komen seorang lagi pengguna media sosial.

image is not available 2025-09-17 11:25:59

Janji Watak Utama Kalau Sanggup Ke Ranjang, Pengarah Popular Ditahan Polis