“Tak Seksi Pun” – Sophia Albarakbah Jawab Isu Babak Dalam Tab Mandi

EntertainmentLifestyle
20 Sep 2025 • 2:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia sophia Albarakbah

Pelakon cantik, Sophia Albarakbah tampil menjawab kecaman netizen mengenai babaknya berendam dalam tab mandi menerusi filem seram terbaharu, Tembuni Berdarah.

Menurut laporan Harian Metro, Sophia berkata adegan itu penting untuk jalan cerita wataknya sebagai Dr Izara dan langsung tidak keterlaluan.

Saya pakai baju masa jayakan babak dalam bathtub itu. Ia tak sepatutnya jadi isu pun sebab ia memang bersesuaian dengan jalan cerita.

Sophia Albarakbah pertahan babak tab mandi

image is not available

Sophia turut menegaskan babak itu bukanlah sesuatu yang wajar diperbesarkan kerana dia sendiri memastikan batas masih dijaga.

Saya tak rasa orang perlu persoalkan sebab ia tak seksi pun. Dalam tab mandi itu saya pakai baju, cuma ditutupi dengan buih saja.

Tolak babak keterlaluan

image is not available

Aktres berusia 32 tahun ini juga berkata, dia tidak akan sesekali menerima tawaran lakonan yang memerlukan adegan melampau atau tidak sesuai untuk tontonan rakyat Malaysia.

Sudah tentu kalau ada babak yang keterlaluan seperti tak selamat untuk tontonan, saya tak akan terima.

Sophia berharap orang ramai lebih memberi perhatian kepada elemen seram seperti darah dan kemunculan hantu dalam babak tersebut, berbanding mempertikaikan soal tab mandi.

Pssttt! Dalam dunia hiburan, penonton perlu bijak menilai karya seni. Fokuslah pada jalan cerita, bukan mencari sensasi pada babak yang sebenarnya tidak keterlaluan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.