“Saya Sampai..” – Tak Dapat Sambutan Ramai, Penyanyi Terkenal Ini Luah Rasa Kecewa Terhadap Peminat

Music
27 Feb 2024 • 12:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Seorang penyanyi terkenal telah menyuarakan kekecewaannya terhadap peminat selepas mendapat respons yang kurang memberangsangkan bagi muzik video terbarunya.

Baru-baru ini, seorang penyanyi serta bekas peserta rancangan “Produce 48” iaitu AleXa telah meluahkan perasaan kecewanya kepada peminat di aplikasi Bubble. Di mana, ianya sekaligus telah mencetuskan perdebatan hangat di kalangan peminat.

Katanya,

Saya bukan seseorang yang pentingkan nombor. Tetapi, hanya 100 ribu tontonan dalam beberapa hari? Saya sampai membanting tulang saya untuk muzik video itu.

image is not available

Selepas hantaran itu dibuat, rata-rata peminat telah menyuarakan pendapat mereka bahawa ianya merupakan tanggungjawab syarikat untuk mempromosikan album terbaru AleXa.

Malah, mereka juga turut menyatakan bahawa ramai yang tidak mengetahui akan lagu terbarunya itu kerana ianya tidak dipromosikan oleh syarikat penyanyi tersebut.

Dalam masa yang sama, situasi yang dialami oleh AleXa ini telah menunjukkan cabaran yang terdapat di dalam industri muzik, termasuk perjuangan serta persaingan yang perlu ditempuhi oleh para artis serta syarikat mereka.

Hmm…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.