“Saya Sayang Dia, 10 Tahun Hidup Sebumbung” – Anak Pengasas Dnars Dedah Bapa Tiri Bawa RM1.3 Juta Dalam Bagasi

LocalFamily & Parenting
15 Aug 2025 • 11:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia anak Dnars

Kisah tuntutan harta pusaka arwah pengasas produk kecantikan Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad akhirnya mendapat titik noktah selepas bertahun-tahun menunggu.

Pendedahan daripada anaknya, Irdina Hakim, menceritakan detik bagaimana wang berjumlah RM1.3 juta itu dibawa keluar dari rumah menggunakan beg bagasi.

Menerusi ruangan komen di TikTok, Irdina berkata, ahli keluarga melihat sendiri wang tersebut dikeluarkan dari rumah menggunakan bagasi.

image is not available

Syukur hak keluarga dikembalikan

Dia meluahkan rasa syukur kerana penantian panjang keluarganya akhirnya berakhir selepas mahkamah membuat keputusan memihak kepada mereka.

@dnarfaziani4

1.3juta .. Al-Fatihah Faziani Rohban. Semoga apa yg dnar kongsikan dalam live dnar jam 11 pagi esok untuk supporters arwah mami #dnarsskincare diberkati Allah SWT untuk prosess sterusnya Amiinn Yaa Rabb.

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Irdina turut berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa menjaga amanah dan tidak mengambil hak orang lain kerana setiap perbuatan pasti ada balasannya.

Katanya, wang jutaan ringgit yang dibawa keluar itu bukanlah perkara kecil dan ia jelas meninggalkan kesan mendalam kepada keluarganya.

Tetap sayang walaupun hanya bapa tiri

image is not available

Sebelum ini, suami arwah, Ahmad Shah Rizal, telah diperintahkan mahkamah untuk memulangkan semula wang tunai milik arwah isterinya ke akaun pentadbir bersama harta pusaka.

Keputusan ini sekali gus mengembalikan hak yang sepatutnya menjadi milik keluarga Faziani.

Pssttt! Isu perebutan harta pusaka sering kali mencetuskan konflik dalam keluarga. Oh! Media berharap kisah ini menjadi pengajaran supaya kita lebih amanah dan menghormati hak orang lain, terutama melibatkan harta peninggalan insan tersayang.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.