Ambil Wang Tunai Dalam Peti Besi, Mahkamah Perintah Suami Pengasas Dnars Pulangkan RM 1.3 Juta Milik Isteri

Entertainment
14 Aug 2025 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suami kepada pengasas jenama kosmetik, Dnars diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah untuk memulangkan semula wang tunai milik Allahyarham isterinya, Faziani Rohban Ahmad ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham.

Difahamkan, akaun pentadbir bersama itu dimiliki oleh Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48, dan anak sulung Allahyarham Faziani, Aqbar Hakim Jasman, 25.

Hakim Zaini Sulaiman memerintahkan Ahmad Shah Rizal berbuat demikian dalam tempoh 30 hari bermula hari ini selepas membenarkan permohonan ahli-ahli waris Allahyarham Faziani.

“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil oleh plaintif dalam peti besi sebelum ini yang kini berada dalam milikan plaintif secara peribadi perlu didepositkan ke akaun bank pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham sebelum mahkamah memutuskan soal tuntutan harta sepencarian,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Shah Rizal dikehendaki mematuhi perintah itu dan sekiranya gagal, dia boleh dikenakan prosiding komital.

Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah dan salah satu harta sepencarian yang dituntut adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada dalam peti besi sebelum diambil oleh Ahmad Shah Rizal.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.