'Saya sedih doktor psikiatri tak bagi ke sekolah' - Tular nota suspek kes tikam

LocalHealth & Fitness
7 Jul 2026 • 5:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya sedih doktor psikiatri tak bagi ke sekolah' - Tular nota suspek kes tikam
Beberapa keping surat yang disyaki milik remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga suspek kes tikam di sebuah sekolah di sini tular di media sosial.
Image from: 'Saya sedih doktor psikiatri tak bagi ke sekolah' - Tular nota suspek kes tikam
Tinjauan Sinar Harian beberapa akaun media sosial Threads mendapati surat-surat terbabit mula dimuat naik sejak insiden itu berlaku pada Isnin.
Image from: 'Saya sedih doktor psikiatri tak bagi ke sekolah' - Tular nota suspek kes tikam
Suspek perempuan yang juga pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun dikatakan masuk ke kawasan sekolah melalui laluan utama sebelum menikam mangsa di beberapa bahagian badan.
Image from: 'Saya sedih doktor psikiatri tak bagi ke sekolah' - Tular nota suspek kes tikam
Suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

BANTING - Beberapa keping surat yang dipercayai milik remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga suspek kes tikam di sebuah sekolah di sini tular di media sosial.

Tinjauan Sinar Harian beberapa akaun media sosial Threads mendapati surat-surat terbabit mula dimuat naik sejak insiden itu berlaku pada Isnin.

Difahamkan surat atau nota itu berkisarkan tentang diri suspek serta beberapa individu.

**media[3574398]**

"Saya sangat sedih sebab psikiatri tidak benarkan saya ke sekolah.

"Saya nak pergi ke sekolah, belajar dengan kawan-kawan..ketawa dengan kawan-kawan," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolah

Kes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPN

Selain itu, turut tular paparan gambar kad orang kurang upaya (OKU) dipercayai milik suspek, rakaman video insiden serta gambar yang dikaitkan sebelum insiden itu berlaku.

**media[3574409]**

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan lanjut pihak polis tentang kesahihan surat tular terbabit.

Sinar Harian juga difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat berkenaan pencerahan insiden terbabit.

Dalam insiden kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera di beberapa anggota badan selepas dipercayai ditikam suspek di kawasan sekolah dengan senjata pisau.

Suspek yang dikatakan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu kerana rawatan kesihatan dipercayai memasuki sekolah melalui laluan utama.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dilaporkan berkata, suspek telah direman empat hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved