Saya serah kepada proses perundangan mahkamah – Mohd. Shuhaily

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 8:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya serah kepada proses perundangan mahkamah – Mohd. Shuhaily

SEPANG: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menyerahkan kepada mahkamah untuk menjalankan proses perundangan berhubung kes yang dihadapinya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan membiarkan proses perundangan berkenaan berjalan mengikut tatacara sewajarnya.

Mohd Shuhaily turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat daripada pelbagai lapisan yang memberikan sokongan kepadanya, termasuk menerusi doa dan mesej teks.

Menurutnya, sokongan yang diterima itu memberikan kekuatan dan keyakinan kepadanya untuk meneruskan proses berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan daripada sudut doa dan mesej teks daripada seluruh lapisan masyarakat.

“Itu yang membuatkan saya mempunyai kekuatan dan juga keyakinan dalam meneruskan proses ini,” katanya dalam sidang media sebelum menjalani proses perundangan berkenaan.

Mohd Shuhaily turut memaklumkan bahawa sidang media itu merupakan yang terakhir diadakan olehnya berhubung perkara berkenaan.

Katanya, peguam yang mewakilinya akan memberikan kenyataan bagi pihaknya selepas proses di mahkamah selesai.

“Selepas saya selesai sahaja proses di mahkamah nanti, pihak peguam saya akan bercakap bagi pihak saya,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menerima sebarang soalan daripada pihak media pada sidang media berkenaan. – UTUSAN

The post Saya serah kepada proses perundangan mahkamah – Mohd. Shuhaily appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved