“Saya Suka Dibelai, Dipuji Dan Dimanja” – Aliff Syukri Akui Pernah Rasa Ingin Bercerai, Isteri Tak Faham Kemahuan Dirinya

30 May 2023 • 11:52 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa dia pernah terfikir untuk bercerai dengan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sebelum ini.

Ujar Aliff, banyak faktor yang mendorong perkahwinannya menjadi dingin sehingga dia pernah terfikir untuk berpisah dengan pasangannya itu.

Perasaannya itu kemudian diterjemah ke dalam lagu baru Aliff yang berjudul Cuba Mengerti Perasaan Ku yang dicipta khas sempena perkahwinan mereka.

Isteri tak faham saya sebab karakter dia lebih kepada lelaki, saya pula kepada wanita yang suka dibelai, dipuji dan dimanja, dalam masa 16 tahun tempoh perkahwinan ni mungkin beberapa tahun kebelakangan ni baru isteri layan saya dengan lembut.

Tambahnya lagi, dia pernah ingin bercerai disebabkan isu itu dan Shahida juga dikatakan mempunyai perasaan yang sama kerana masing-masing lebih fokus kepada kehidupan sendiri dan sibuk menjalankan perniagaan pada ketika itu.

Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Nur Shahida pada Ogos 2007.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

image is not available 1 hari lalu

(VIDEO) "Bersalin Pun Cantik.." - Fizo Omar Mengalir Air Mata Sambut Anak Ke-2, Netizen Pun Naik Sebak Sekali