Saya tahu kekurangan diri, niat hanya nak sebarkan gaya hidup sihat – Isteri Dr Say

Health & FitnessLifestyle
2 Jul 2025 • 12:16 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pempengaruh dan doktor selebriti, Dr Azura Abas tampil memberi penjelasan selepas penampilannya dan suami, Dr Say Shazril, menjadi bualan hangat ketika menyertai acara kecergasan HYROX di Singapura baru-baru ini.

image is not available

Menerusi satu hantaran di Threads, Dr Azura mengakui kesilapan yang dilakukan dan berharap agar dikurniakan petunjuk daripada Allah SWT.

“Saya tahu banyak yang kecam, sejujurnya saya terima kekurangan saya. Insya-Allah hidayah akan tiba jua,” katanya ringkas.

image is not available

Saya tahu kekurangan diri – Dr Azura

Dalam masa sama, beliau menegaskan perkongsian video tersebut hanyalah bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Post ini soal kesihatan, tak ada maksud lain. Kalau suka, boleh dijadikan inspirasi dan kalau tak suka, tak mengapa,” jelasnya sambil menyerahkan penilaian kepada yang Maha Esa.

image is not available

Tambah Dr Azura, tiada sesiapa yang berhak meletakkan hukum terhadap seseorang, apatah lagi menentukan nilai diri seseorang di sisi Tuhan.

“Saya tak perlu manusia label siapa saya di sisi Allah. Cukup kita tahu di mana level kita sendiri dengan pencipta kita.
“Kalau rasa kita lebih mulia daripada orang lain, maybe itu lagi hina daripada yang tak tutup aurat? Tiada siapa yang tahu dan layak menghukum kecuali Allah,” tulisnya lagi.

image is not available

Terdahulu, pasangan doktor itu menerima teguran ramai selepas memuat naik video menyertai HYROX di Singapura yang memperlihatkan Dr Azura mengenakan sports bra manakala Dr Say hanya memakai seluar pendek tanpa baju.

Sumber: Threads Azura Abas