“Saya Tak Akan Pernah Lupa Mengapa Saya Pilih Untuk Pergi” – Marissa Dania

EntertainmentLifestyle
26 Oct 2026 • 2:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh Marissa Dania sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi luahan hati mengenai keputusan untuk terus melangkah ke hadapan dan tidak kembali kepada kehidupan yang sudah ditinggalkan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Marissa menegaskan bahawa dia tidak mahu kembali terjerumus dalam fasa kehidupan yang telah dilaluinya sebelum ini.

Advertisement

“Saya tak akan pernah lupa mengapa saya pilih untuk pergi.

“Saya telah berjuang bersungguh-sungguh demi ketenangan diri, jadi saya tidak akan membiarkan diri saya ditarik semula ke dalam bab kehidupan yang telah pun saya tutup.

“Saya sudah melangkah ke hadapan, dan saya bertekad untuk kekalkan begitu.”

Marissa Dania Beri ‘Hint’

Dalam perkongsian tersebut, Marissa turut menekankan bahawa dia sudah melalui proses yang panjang untuk mendapatkan ketenangan dalam kehidupannya.

View this post on Instagram

Justeru, dia tidak mahu membiarkan dirinya kembali kepada fasa yang telah ditinggalkan selepas berjaya melangkah ke hadapan.

Netizen Beri Kata Semangat Kepada Marissa Dania

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Marissa supaya terus kuat dan meneruskan kehidupan.

Mereka turut mendoakan agar Marissa dapat menemui kebahagiaan pada waktunya serta terus berpegang kepada keputusan yang telah dibuat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

umi2026-10-24 11:05:07

Hantaran Status Umisya Mazlan Curi Perhatian, Netizen Beri Kata Semangat - "Kalau Penipu Selamanya Penipu"

The post “Saya Tak Akan Pernah Lupa Mengapa Saya Pilih Untuk Pergi” – Marissa Dania first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved