“Tak kuat jangan dengar jenaka” – Pelawak AS Harap Jocelyn Chia Tak Minta Maaf Pada Rakyat M’sia

Entertainment
10 Jun 2023 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang pelawak dari Singapura, Jocelyn Chia menggunakan nahas pesawat MH370 sebagai topik jenaka dalam persembahannya.

Kejadian ini ternyata kurang disenangi oleh rakyat Malaysia yang rata-ratanya mengecam pelawak yang tidak lawak itu.

Pelawak AS ‘backup’ Jocelyn

Seorang pelawak dari Amerika Syarikat (AS), Chrissie Mayr tampil mempertahankan tindakan Jocelyn Chia dalam satu ciapan di Twitter. Menurut Chrissie, apa yang dilakukan oleh Jocelyn adalah tugas seorang pelawak, dan kadang kala pelawak perlu menggunakan topik sensitif dalam persembahan mereka.

image is not available

Selain itu, Chrissie juga berharap Jocelyn tidak meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana ia adalah satu jenaka yang hebat dan kelakar.

“Bukan tugas pelawak untuk elak topik sensitif – itu tugas mereka untuk jadi kelakar. Saya harap Jocelyn tak minta maaf untuk jenaka yang hebat ini”, tulis Chrissie dalams atu ciapan.

Kenyataan pelawak AS itu bagaimanapun tidak mendapat reaksi positif dari rakyat Malaysia yang rata-ratanya beranggapan jenaka Jocelyn itu terlalu sensitif dan tidak berperikemanusiaan.

Pelik dikecam rakyat Malaysia

Dalam satu ciapan lain pula, pelawak AS itu mempersoalkan penerimaan rakyat Malaysia dalam lawak yang menggunakan topik sensitif selepas dia diserang oleh sebilangan besar warganet Malaysia.

“Sekarang orang Malaysia menyerang saya lepas saya sokong Jocelyn dan jenakannya. Adakah kurang sense of humor satu benda di sana? Saya tanya secara jujur”, tulis Chrissie dalam satu ciapan.

Adakah jenaka sensitif satu kebiasaan dalam dunia komedi, ataupun rakyat Malaysia yang terlalu sensitif di dalam isu ini, apa pendapat anda?

image is not available

Sumber: Chrissie Mayr

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.