‘Saya tak boleh direct...’ Demi susu Jarir, Amira Othman sanggup korbankan waktu tidur, Fattah Amin jadi penguat semangat

Family & ParentingLifestyle
13 Oct 2026 • 10:06 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: ‘Saya tak boleh direct...’ Demi susu Jarir, Amira Othman sanggup korbankan waktu tidur, Fattah Amin jadi penguat semangat

HAMPIR empat bulan bergelar ibu, Amira Othman berkongsi pengalaman menyesuaikan diri dengan rutin baharu yang  bersama anaknya, Muhammad Jarir Umar terutama untuk memastikan keperluan susu mencukupi. 

Dalam sebuah rakaman audio siar, pelantun lagu Rasa dan Takdir itu mendedahkan turut melalui momen overwhelming, terutama ketika perlu menguruskan jadual mengepam susu sehingga waktu tidurnya terjejas.

"Maybe jaga waktu pam susu tu kot. Memang saya tak dapatlah tidur kan. Memang (setiap) dua jam doktor sebab saya nak banyakkan susu buat dan jaga jadual (mengepam).

"Ia bukan benda yang senang kerana ini pengalaman pertama untuk saya.

"Selepas tu apabila anak nangis, kita pun kelam-kabut pergi panaskan susu sebab kita dah sejukkan kerana kita tak boleh direct. Memang sejujurnya bukan benda yang senang untuk saya," kongsinya.

Image from: ‘Saya tak boleh direct...’ Demi susu Jarir, Amira Othman sanggup korbankan waktu tidur, Fattah Amin jadi penguat semangat

Dalam masa yang sama, Amira mendedahkan suaminya, Fattah Amin dan keluarga sangat memahami serta memberikan sokongan ketika dia menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai ibu.

"Fatah memang kata "Kasihan awak. Ok, tak apa I am here. Tak mengapa, slowly. Jangan stres," katanya.

Dalam pada itu, Amira turut mendedahkan sokongan adik-beradik membantu dirinya untuk terus kuat dan tidak terlalu tertekan ketika berdepan cabaran tersebut.

"Orang keliling saya termasuk adik-beradik pun cakap benda yang sama. Ok, tak apa, boleh kan. Slowly. 

"So akhirnya rasa saya kuat dan boleh melakukannya walaupun kurang tidur sedikit. Lagipun sudah tidur (cukup) selama 32 tahun.

"Saya cakap dengan mak saya, "Mama, Ya saya sudah (cukup) tidur 32 tahun. Yang ke-33 ni ada anak, berkorbanlah sedikit," tuturnya.

Untuk rekod, Amira melahirkan Jarir pada jam 6.20 petang, 23 Jun 2026 di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved