“Saya tak faham, saya tiada senjata” – Ahli Keluarga Suspek Serangan Balai Polis Ulu Tiram Bingung Mengapa Dituduh

Entertainment
20 Jun 2024 • 1:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada 17 Mei lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor di mana Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said meninggal dunia selepas diserang seorang lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

Semalam, berlangsungnya prosiding pendakwaan bagi lima ahli keluarga suspek kes serangan itu di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

image is not available

Keadaan menjadi tegang apabila tertuduh pertama Radin Imran Radin Mohd Yasin mendakwa tidak memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya apabila dia didakwa menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Islamic State (IS).

“Saya tidak faham, saya tidak ada senjata apa,” katanya.

Menurut laporan Astro AWANI, Radin Imran didakwa atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan menggalakkan perbuatan pengganas berkaitan IS kepada semua ahli keluarga.

Radin dengan tegas ketika dikandang mahkamah menyatakan bahawa dia tidak memahami pertuduhan itu dan meminta jurubahasa mengulanginya semula.

Tertuduh mendakwa perkara itu sangat sukar difahaminya kerana dia dan keluarga sudah mula mengasingkan diri sejak tahun 2014.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.