TAPAH - Pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, mendedahkan dirinya tidak makan dan hanya minum air yang ditemuinya sepanjang dua minggu tersesat.
Menerusi perkongsian video terbaharu di Facebook Tapah Media Official, Jaslinda sempat berbual mesra dengan komuniti Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh meskipun terlihat lemah dan tidak berdaya.
Wanita itu sempat berkongsi serba sedikit mengenai pengalamannya tersesat di dalam hutan sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.
**media[3542613]**
ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'
Jaslinda sudah ditemui - Polis
Jaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba
'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda
'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda
**media[3542612]**
"Viral ke ini? (kisah kehilangannya). Saya seorang diri sahaja, saya pun fikir 'tak ada orang cari ke?'
"Memang pada saya tak ada makanan. Saya dah dua minggu tak makan, ini pun baru makan tadi (selepas dijumpai dan dibawa ke rumah Tok Batin).
**media[3542614]**
"Saya minum air hitam, air coklat... (merujuk kepada air sungai atau segala jenis air tidak bersih)," ujarnya yang juga dilihat hilang kata-kata untuk menggambarkan situasi tersesat di dalam hutan.
Terdahulu, Jaslinda ditemukan oleh penduduk kampung di penempatan Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu pada petang Sabtu.
**media[3542615]**
Sebelum ini, Jaslinda merupakan antara 14 pendaki dan dua malim gunung yang menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman bermula pukul 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedong–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.
ARTIKEL BERKAITAN : Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih
'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan






