Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

6 Jun 2026 • 8:08 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih di Perak, pendaki wanita Jaslinda Saludin, 49, ditemukan dalam keadaan selamat hari ini.

Mangsa ditemui di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh selepas pihak berkuasa menerima maklumat daripada komuniti Orang Asli yang ternampak wanita tersebut di kawasan berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku dalam daerah Tapah, Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin, mengesahkan penemuan mangsa ketika dihubungi media dan memaklumkan, satu kenyataan rasmi berhubung kes itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Kenyataan media rasmi berhubung insiden ini akan dikeluarkan tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, beberapa gambar yang dipercayai memaparkan Jaslinda berada di rumah Tok Batin di kawasan tersebut tular di media sosial, sekali gus menarik perhatian orang ramai berhubung kehilangan serta keberadaannya.

Jaslinda dilaporkan hilang sejak 23 Mei lalu ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih sebelum usaha pencarian dijalankan oleh pihak berkuasa bersama pelbagai agensi berkaitan.

Rakaman video Jaslina boleh disaksikan di pautan ini https://www.facebook.com/reel/1498573165339659 - Getaran, 6 Jun 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved