'Saya tahu orang rumah saya kuat' - Suami Jaslinda

6 Jun 2026 • 10:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya tahu orang rumah saya kuat' - Suami Jaslinda
Haszman ketika ditemui di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah pada Sabtu. - Foto Normawati Adnan
Image from: 'Saya tahu orang rumah saya kuat' - Suami Jaslinda
Jaslinda ditemui selamat.
Image from: 'Saya tahu orang rumah saya kuat' - Suami Jaslinda
Jaslinda ditemui penduduk Orang Asli di berhampiran sungai di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh di sini pada Sabtu.
Image from: 'Saya tahu orang rumah saya kuat' - Suami Jaslinda
Jaslinda tiba di hospital kira-kira 9.20 malam untuk menjalani pemeriksaan lanjut selepas operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan beliau dalam keadaan selamat. - Foto Bernama

TAPAH – “Orang rumah saya… dia kuat.”

Demikian luahan suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah pada Sabtu.

Dalam suasana penuh emosi, Haszman Othman, 61, dilihat memeluk dan mencium isterinya sebaik Jaslinda tiba selepas ditemukan selamat di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.

**media[3542609]**

'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda

Haszman ketika ditemui media merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) isterinya sepanjang 15 hari kehilangan itu.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat… polis, bomba, NGO, badan berkanun dan semua pihak yang membantu,” katanya.

**media[3542610]**

Beliau turut menzahirkan penghargaan khusus kepada komuniti Orang Asli yang memainkan peranan penting dalam membantu usaha pencarian.

ARTIKEL BERKAITAN : Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih

'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahan

Kronologi kehilangan Jaslinda

“Dengan Orang Asli sekali yang beri kerjasama cukup baik...Alhamdulillah,” katanya.

**media[3542611]**

Ditanya mengenai keadaan Jaslinda, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memberikan laporan rasmi.

“Kita kena tunggu laporan daripada pihak polis. Saya tak berani nak cakap apa-apa,” katanya.

Beliau berkata, isterinya berada dalam keadaan stabil dan mempunyai kekuatan luar biasa sepanjang tempoh kehilangan tersebut.

“Saya tahu orang rumah saya… saya tahu dia kuat,” katanya.