Kalau nak jodoh baik, perlu jadi manusia yang lebih bagus – Aliff Aziz dah temui pengganti?

EntertainmentLifestyle
5 Aug 2026 • 11:22 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang wanita kerana tidak mahu berlaku spekulasi mengenai kehidupan peribadinya.

Image from: Kalau nak jodoh baik, perlu jadi manusia yang lebih bagus – Aliff Aziz dah temui pengganti?

Memetik laporan Utusan, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, 35, berkata, dia enggan memberi ruang kepada isu berkenaan untuk terus diperkatakan kerana mahu memberi sepenuh perhatian terhadap perkembangan kerjayanya dalam industri hiburan.

“Saya tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu. Bukan apa, kalau saya jawab nanti lebih banyak pula isu yang akan diperkatakan.
“Saya memilih untuk tidak berkongsi. Buat masa ini, saya mahu fokus kepada perjalanan kerjaya saya. Selebihnya, tak perlulah kita ulaskan,” katanya pada sidang media pelancaran drama Madu Atau Racun di A Quiet Place, Bukit Bintang, pada Selasa.

Dalam pada itu, juara Gegar Vaganza musim kelapan itu mengakui pengalaman pahit yang pernah dilalui dalam rumah tangga tidak memadamkan keyakinannya terhadap ketentuan jodoh yang telah ditetapkan Allah.

Menurutnya, pintu hatinya masih terbuka untuk kembali mendirikan rumah tangga sekiranya dipertemukan dengan pasangan yang sesuai pada masa akan datang.

Image from: Kalau nak jodoh baik, perlu jadi manusia yang lebih bagus – Aliff Aziz dah temui pengganti?“Untuk mengatakan hati saya sudah tertutup, segala rezeki, jodoh dan ajal saya serahkan bulat-bulat kepada Allah. Saya pegang pada kepercayaan itu.
“Biar Allah yang tentukan, insya-Allah. Cuma saya belajar, kalau mahu memperoleh pasangan yang baik, saya sendiri perlu menjadi insan yang lebih baik.
“Sebab itu saya perlu fokus ke arah itu. Takkan saya mahu menghakimi orang sedangkan saya sendiri mempunyai rekod yang tidak begitu baik sebelum ini,” ujarnya.

Artikel lain: Ibu Aliff Aziz luah kecewa budaya fitnah melampau -“Mengaku Muslim, tapi akhlak jauh tersasar…”

Mengulas lanjut, Aliff berkata pengalaman lalu menjadi pengajaran berharga untuk terus memperbaiki diri, selain memberi tumpuan kepada kerjaya tanpa terus dibayangi kisah silam.

“Alhamdulillah, saya masih diberikan kesihatan yang baik, selain ruang dan peluang untuk terus berkarya.
“Saya sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan segala beban yang saya tanggung akibat kelemahan sendiri serta menguatkan hati untuk memaafkan diri sendiri.
“Saya bukan mahu bermain sebagai mangsa. Sejak muda hingga sekarang, jika saya melakukan kesilapan, saya akan mengakuinya,” tambahnya lagi.

Sumber: Utusan (Wafa Aula)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved