“Saya Tak Merajuk, Saya Dah Penat” – Hattan Umum Bersara Sebagai Penyanyi Jun Depan

Music
30 Jan 2024 • 11:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi veteran yang sememangnya lagenda iaitu Datuk Hattan membuat pengumuman mengejut mengenai bakal undur diri dari industri seni pada Jun depan.

Dah lama fikir, sudah tiba masanya..

Kata Hattan, hasratnya ini sudah lama difikirkan dan merasa ini merupakan masa terbaik untuk membuat keputusan itu.

Saya bersara atas pentas selepas dapat beraksi bersama Datuk M (M Nasir). Itu impian saya dan baru sekarang saya beritahu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)

Bagi peluang pada pendatang baru

Dalam pada itu, Hattan menegaskan bahawa dia tidak ‘merajuk’ tetapi cuma mahu berehat selepas berpuluh tahun menjadi penyanyi.

Saya tak merajuk. Saya dah penat. Jadi kena rileks (berehat). Saya dah lama rancang. Bukan bersara macam mana, tapi tak nak terbabit dalam konsert besar.

Tambahan lagi, pengunduran diri dari industri seni bakal dilakukan sesudah selesai menjayakan konsert pada Jun depan tetapi perbincangan untuk konsert masih berjalan.

Sekadar info, Hattan dan M Nasir akan bersatu dalam menjayakan Konsert Sifu & Aku yang berlangsung di Sabah International Convention Center (SICC) pada 3 Februari ini.

image is not available 9 months ago

"Saya Makin Kenal Siapa Kawan 'Tikam Belakang'.." - Hattan Syukur Kerjaya Tak Terjejas Dek Kontroversi Selar Wartawan