“Saya tak minta BWF senaraikan”- Ini Respon Datuk Lee Chong Wei Kepada Taufik Hidayat

3 Jun 2023 • 10:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di Twitter apabila sebuah video yang memaparkan temu ramah Taufik Hidayat, bekas pemain badminton Indonesia yang meluahkan pendapatnya tentang kelayakan Datuk Lee Chong Wei tersenarai dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia atau BWF (Badminton World Federation)

Menurut Taufik, Datuk Lee Chong Wei terpilih untuk tersenarai dalam ‘Hall of Fame’ BWF kerana pejabat BWF terletak di Malaysia.

Korang boleh tengok video tu kat sini.

Walau bagaimanapun, Datuk Lee Chong Wei sendiri mengatakan bahawa beliau bingung dengan kenyataan Taufik itu.

Menurut Lee Chong Wei lagi, beliau sendiri tidak tahu apa kriteria yang diletakkan oleh BWF untuk seseorang pemain badminton itu disenaraikan di Hall of Fame.

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Lee Chong Wei meminta Taufik Hidayat untuk menghantar emel kepada BWF untuk bertanyakan sendiri mengapa dia tidak disenaraikan untuk Hall of Fame tersebut.

image is not available

Lee Chong Wei juga tidak faham mengapa Taufik Hidayat menyerang dirinya kerana beliau tidak meminta BWF untuk menyenaraikannya.

Beliau juga hanya mengetahui tentang Hall of Fame tersebut selepas menerima surat daripada pihak BWF.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.