“Saya Tak Nak Masuk Campur, Cuma Boleh Saya Katakan..” – Nora Danish Doakan Kebahagiaan Nedim Nazri

LocalEntertainment
6 Feb 2026 • 2:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Nora Danish memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai kehidupan peribadi bekas suaminya, Nedim Nazri Aziz, kerana menghormati hak masing-masing.

Menurut Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, beliau tidak mahu mencampuri urusan peribadi Nedim dan berpendapat setiap individu berhak menentukan haluan hidup sendiri.

Advertisement
View this post on Instagram

“Okey, tentang perhubungan bekas suami saya, Nedim Nazri Aziz, dan juga hidupnya, Nora pun tak nak masuk campur, tak nak komen sebab itu adalah hidupnya. Cuma saya boleh katakan dia berhak menemui cinta dan juga kebahagiaan dia sendiri,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Nora menegaskan beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya dan percaya Nedim berhak mencari kebahagiaannya sendiri.

“Saya memang mendoakan yang terbaik buat Nedim sebab dia berhak bahagia dengan siapa pun pilihan hati dia,” tambahnya.

Terdahulu, Nedim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gambar bersama aktres Nadia Brian di platform Threads, lengkap dengan kapsyen berunsur romantik.

Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl. Namun selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-06 11:40:17

"Doakan Hubungan Kami Berkekalan" - Noor Nabila Perkenal Kekasih Hati, Pilih Jejaka 10 Tahun Lebih Muda

The post “Saya Tak Nak Masuk Campur, Cuma Boleh Saya Katakan..” – Nora Danish Doakan Kebahagiaan Nedim Nazri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.