
‘Saya Tak Perlukan Hollywood Lagi’ – Johnny Depp
Pelakon terkenal Johnny Depp mengatakan beliau kini tidak lagi ‘memerlukan’ Hollywood rentetan isu peribadinya bersama bekas isteri, Amber Heard dengan kariernya.
Menurut lapor CBS News. pelakon yang sinonim dengan watak Jack Sparrow itu berkata demikian lantaran kempen #CannesYouNot yang dilancarkannya di media sosial.
Pelakon berusia 59 tahun itu bagaimanapun dilihat tidak mengambil tahu dengan kritikan atau persepsinya dalam industri.
“Saya tidak rasa diboikot oleh Hollywood, kerana saya tidak fikir tentang Hollywood.
“Ia adalah masa yang pelik dan lucu di mana semua orang (peminat) ingin menjadi diri mereka sendiri tetapi mereka tak boleh.
“Mereka mesti jatuh cinta dengan orang (pelakon) di hadapan mereka. Jika anda mahu menjalani kehidupan itu, saya doakan yang terbaik untuk anda,” katanya.
Depp berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu menghadiri Festival Filem Cannes untuk tayangan perdana filem lakonan baharunya, Jeanne du Barry baru-baru ini.
Dalam pada itu, Depp berkata bahawa dia hanya mahu memberi tumpuan untuk mempromosikan filem baharunya serta tugasan lakonan sambil menambah bahawa dia tidak akan ke mana-mana.
“Saya mempunyai kira-kira 17 kemunculan semula nampaknya.
“Saya terus tertanya-tanya mengenai perkataan ‘kepulangan’ (ke Hollywood) kerana saya tidak pergi ke mana-mana.
“Sebenarnya saya tinggal kira-kira 45 minit jauh dari sini,” selorohnya.
Difahamkan dalam Jeanne du Barry, Depp memainkan watak utama sebagai Raja Louis XV yang memerlukan beliau untuk bertutur dalam bahasa Perancis.
Untuk rekod, karya arahan pengarah Maiwenn itu merupakan filem kemunculannya semula sejak Minamata yang ditayangkan pada 2020.
Sebelum ini, Depp kembali menjadi tajuk utama berita selepas melakukan saman terhadap bekas isterinya, Amber Heard atas tuduhan memfitnah.
Pelakon wanita itu mendakwa bahawa Depp menderanya dan dakwaan yang diberikan menjejaskan karier Depp untuk muncul di layar perak.
Walau bagaimanapun, pihak mahkamah sebahagian besarnya memihak kepada bintang filem Pirates of Caribbean tersebut dalam kes itu hingga menang kes RM47 juta pada Jun lalu.
Manakala, Heard ‘dianugerahkan’ RM9 juta sebagai tuntutan balas dalam kes tersebut.
Bagaimanapun kemunculan Depp dalam festival filem tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong Heard ekoran kempen #CannesYouNot yang dilancarkannya di media sosial.
Sumber: CBS News
The post ‘Saya Tak Perlukan Hollywood Lagi’ – Johnny Depp appeared first on Siakap Keli.

