“Saya dulu terlalu naif. Saya tak tahu apa yang salah dan apa yang betul. Banyak kesilapan yang saya pernah buat.
“Sekarang, melalui pengalaman, saya mula faham apa yang patut dan tak patut dilakukan. Semoga semuanya akan jadi lebih baik selepas ini, InsyaAllah.”
Pelakon jelita, Fatiya Latiff berkata demikian seakan memberi bayangan bahawa dia kini lebih matang selepas melalui pelbagai fasa dalam hidupnya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, nama Fatiya pernah menjadi perhatian susulan beberapa kontroversi, termasuk isu yang dikaitkan dengan bekas kekasihnya dahulu iaitu Aiman Hakim Ridza dan isterinya, Zahirah MacWilson.
Bagaimanapun, kenyataan terbaru itu dilihat sebagai luahan refleksi diri Fatiya yang mengakui pernah melakukan kesilapan dan berharap kehidupannya berubah ke arah lebih baik.

Netizen juga mendoakan agar kehidupan Fatiya semakin baik dan kembali menyinar seoerti dahulu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Tak Pernah Tuntut Nafkah Waktu Anak-Anak Kecil Sebab Tahu Norman Tak Mampu" - Abby Abadi
The post “Saya Tak Tahu Apa Yang Salah Dan Betul…” – Fatiya Latiff first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






