“Saya Tak Terkesan, Tak Kacau Orang Pun” – Nur Fazura Jawab Isu Suka Sentuh Muka Bila Berjumpa

EntertainmentLifestyle
8 Aug 2025 • 9:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura tampil memberikan penjelasan berhubung tindakannya yang tular di media sosial apabila menyentuh dan memegang wajah Nagita Slavina, rakan selebriti dari Indonesia, di majlis perkahwinan Luna Maya.

Menerusi klip siaran langsung di Instagram, Fazura Sharifuddin atau lebih mesra disapa sebagai Fazura, menjelaskan bahawa dia tidak merasa marah dengan kritikan dan kecaman yang diterima daripada netizen berkenaan.

Kita perlu bersyukur saja tidak jadi seperti orang begitu (suka kecam).

Saya tidak perlu marah sebab tidak terkesan pun (dengan komen kecaman). Apabila saya dengar saya macam okay saja, biarlah mereka mahu kata apa pun.

Fazura turut menambah bahawa tindakan memegang wajah rakan atau menunjukkan kasih sayang bukanlah satu kesalahan, selagi ia tidak mengganggu orang lain.

Tidak salah jika saya mahu memegang muka atau menunjukkan kasih sayang terhadap kenalan, asalkan saya tidak mengganggu orang lain.

Tindakannya yang menyentuh wajah Nagita telah mengundang kritikan beberapa netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan perlakuan tersebut, namun Fazura menegaskan bahawa perkara tersebut tidak memberi kesan kepadanya dan dia lebih memilih untuk bersikap positif.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-04 16:20:52

"Acah-Acah 'Lovely' La Tu" - Netizen Tak Senang Lihat Tabiat Fazura Suka Sentuh Muka, Tudung Orang Di 'Event'?