“Saya Takkan Maafkan” – Dikecam Pakai Ketat Masa Konsert Elite, Linda Rafar Bersuara

EntertainmentLifestyle
23 Sep 2025 • 11:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia linda Rafar Dikecam

Nama Linda Rafar kembali menjadi bualan selepas penampilannya di konsert Elite baru-baru ini menerima kecaman netizen.

Ramai yang mengkritik pakaian yang digayakan Linda ketika membuat persembahan bersama kumpulan tersebut.

“Saya takkan maafkan sampai bila-bila” – Linda Rafar

Tidak berdiam diri, Linda tampil memberikan kenyataan tegas di media sosial. Beliau menyatakan dirinya terbuka menerima kritikan membina, namun tidak akan sesekali memaafkan mereka yang melemparkan kata-kata hinaan sehingga mengaitkan keluarga serta dirinya.

image is not available

Beliau turut menegaskan konsert Elite selepas 25 tahun ini diadakan khas untuk peminat setia yang sentiasa menantikan kemunculannya semula.

Linda sempat mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang terus berada di sisinya walaupun dirinya dihujani kecaman.

Netizen beri teguran

image is not available

Selain kecaman, ada juga netizen yang memilih untuk menegur dengan cara lebih lembut.

Pssttt! Kecaman sudah tentu sukar ditelan, tapi teguran yang baik wajar diambil sebagai nasihat. Semoga Linda terus kuat dalam berdepan dunia hiburan yang penuh cabaran ini.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.