“Saya temui dia dalam keadaan janggal” – Baru 9 Hari Peluk Islam, Tunang Ditemukan Men*nggal Dunia Dalam Kereta

Entertainment
19 Aug 2025 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hasrat seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila tunangnya yang merupakan seorang mualaf ditemukan meninggal dunia dalam kereta di Cyberjaya pada 19 Julai lalu.

Difahamkan, tunangnya yang bernama Jeremy Mah Ci Wei Abdullah, 26, baru sahaja mengucapkan syahadah pada 10 Julai lalu.

Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik wanita itu di Instagramnya, Qistina Liew berkata, pada hari kejadian, arwah tidak dapat dihubungi selepas tamat waktu kerja.

image is not available

Kata Qistina, dia dapat menjejaki tunangnya menerusi aplikasi ‘Find My iPhone’ sebelum mendapati lokasi arwah adalah berdekatan dengan pejabatnya.

“Saya tunggu dia datang rumah selepas syif kerjanya berakhir 9 pagi. Tapi dia tak respon.

“Saya periksa WhatsApp Web, nampak bos dia tanya sekiranya dia datang kerja atau tak pada pukul 5 pagi.

“Saya panik dan terus jejaki menggunakan fungsi Find My melalui iPhone. Saya jumpa dia tak sedarkan diri dalam kereta dekat tempat kerjanya,” tulis Qistina.

Dedah Qistina lagi, dia mendapati tubuh arwah sudah sejuk dan pihak hospital menganggarkan dia sudah meninggal dunia tujuh ke lapan jam sebelum ditemukan.

“Namun, cara dia ditemui dalam keadaan janggal. Dia terbaring di kerusi penumpang. Tingkap sedikit terbuka. Enjin hidup dan air terpasang.

“Saya cuba kejut lagi (masa jumpa arwah). Pengsan ke? Kemudian saya pegang tangan dia. Saya perasan kuku dia dah berwarna biru dan coklat.

“Masa tu saya dah blur, saya cuba angkat, sejuk dan keras. Saya cuba angkat tapi tak boleh. Muka dia pucat,” katanya.

image is not available

Menurut Qistina, pihak polis dan forensik masih menjalankan siasatan berhubung kematian lelaki itu.

Difahamkan, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada 20 Julai lalu.

Sumber: mStar, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.