“Saya Tengah Marah, Saya Ada Emosi Sendiri” – Haqiem Stopa Nafi Rumah Tangga Bergolak

EntertainmentLifestyle
27 Sep 2025 • 10:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, kontroversi yang melanda dalam rumah tangga ikon permotoran, Haqiem Stopa dan isteri, Aireen Sofia menjadi perhatian selepas kedua-duanya dilihat meluahkan perasaan di dalam media sosial.

Nasihat isteri untuk berhenti ‘post’ di media sosial

Namun begitu, sewaktu ditemubual oleh pihak mStar, Haqiem berkata dirinya enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan rumah tangga sedang berdepan masalah.

image is not available

Daripada mula kahwin sampai sekarang, saya tak pernah dedahkan atau repost apa-apa pun.

Kata ikon permotoran itu, salah faham mula tercetus selepas isteri meluahkan perasaan di platform media sosial dan sebagai suami, Haqiem lebih selesa menenangkan keadaan serta menasihati Aireen untuk tidak lagi memuat naik sebarang kenyataan di media sosial.

Masih tinggal sebumbung, salah faham akibat marah

Saya dengan isteri masih okay dan tinggal bersama dalam satu rumah, cuma masing-masing berehat dengan cara sendiri. Yalah, dia pun sedang berpantang jadi emosi dia lain, begitu juga saya ada emosi sendiri itu saja.

Dalam pada itu, Haqiem juga menafikan kenyataan mengenai diri kononnya berada dalam hubungan toksik dan katanya, ia hanya salah faham yang timbul akibat rasa marah.

image is not available 2025-09-26 19:32:14

"Saya Duduk Dalam Hubungan Toxic Selama Ni, Baik Hanya Dalam Camera" - Haqiem Stopa