“Saya Tengah Susah…” – Pemuda Tolak Duit, Pilih Maafkan Uncle Terlanggar Keretanya

31 Jul 2025 • 12:49 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan satu insiden kemalangan kecil melibatkan seorang lelaki yang melanggar kereta jenis Honda milik pemuda dikenali sebagai Shahrul Afizie.

Pilih maafkan ‘uncle’ terlanggar keretanya

Walau bagaimanapun, cara Shahrul atau dikenali sebagai @shahbusy mengendalikan situasi tersebut dengan tenang dan tidak mudah melenting meraih pujian netizen ramai dalam kalangan netizen.

“Uncle ni terlanggar kereta Shah, then dia explain tengah susah sekarang. So we just shook hands, and settled,” demikian kapsyen ringkas ditulis Shah pada hantaran berkenaan, baru-baru ini.

@shahbusy

Uncle ni terlanggar kereta Shah, then dia explain tengah susah sekarang. So we just shook hands, and settled.

♬ original sound – shahbusy – shahbusy

Dalam video tersebut, pemandu lelaki yang digelar ‘uncle’ itu dilihat berterus terang dan menjelaskan bahawa dia sedang menghadapi kesusahan hidup sekali gus Shahrul memilih untuk tidak meneruskan sebarang tuntutan, sebaliknya berjabat tangan serta menyelesaikan insiden tersebut secara damai.

image is not available

Uncle: “Saya tengah susah sekarang, kalau saya bayar RM100 boleh?”
Shah: “Takpe Uncle, santai.. sikit je ni. Simpan je duit tu okay. Lain kali hati-hati tau.”

Tindakan Shah yang menunjukkan sikap bertolak ansur dan belas kasihan mendapat pujian netizen, yang melihatnya sebagai contoh terbaik nilai murni dalam masyarakat. Malah, tidak kurang terdapat juga segelintir mereka berkongsi pengalaman ketika berdepan situasi sama.

Allah akan ganda rezeki

image is not available

Saya pernah kena langgar juga…

image is not available

Respek! Percaya pada sedekah

image is not available

Difahamkan, Honda tersebut mengalami sedikit kesan calar pada sisi kanan bahagian hadapan.

Sumber: TikTok @shahbusy

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved