“Saya terima setiap kecaman anda” – Chef Zam Mohon Maaf Guna Perkataan ‘Menggeletis’

LocalFood
21 Feb 2026 • 1:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Semalam, chef terkenal Malaysia, Chef Zam menerima pelbagai kecaman daripada warganet susulan perkongsiannya di platform Threads yang mempersoalkan tindakan segelintir pihak mahu pulang awal ke rumah pada bulan Ramadan.

Menurutnya, waktu berbuka puasa adalah pada jam 7.29 malam, justeru beliau mempersoalkan keperluan untuk pulang terlalu awal.

Susulan hantaran tersebut, rata-rata pengguna media sosial tampil mengkritik kenyataan itu dengan menyatakan bahawa ramai pekerja tinggal jauh dari tempat kerja dan perlu berdepan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak untuk sampai ke rumah sebelum berbuka.

Selain itu, terdapat juga warganet yang mempertikaikan penggunaan perkataan ‘menggeletis’ dalam hantaran berkenaan yang dianggap kurang sesuai.

image is not available

Susulan itu, Chef Zam telah tampil memohon maaf atas penggunaan perkataan ‘menggeletis’ itu dan tidak berniat untuk memperlekehkan sesiapa.

image is not available

Sumber: Threads Chef Zam

Sumber: Threads Chef Zam

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.