“Saya Terjaga Dalam Keadaan Menangis “ - Alvin Chong

2 Oct 2023 • 7:50 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Meskipun mimpi hanya mainan tidur namun pelakon Alvin Chong mendedahkan dia pernah terjaga dari tidur dalam keadaan menangis.

 

Menurut Alvin, keadaan itu berlaku selepas dia mengalami mimpi buruk baru-baru ini di mana ia mengenai pengkhianatan yang dilakukan seorang sahabat baik.

 

Malah, aktor berusia 32 tahun itu menyifatkan mimpi yang dialaminya itu sebagai tidak masuk akal.

 

“Saya baru sahaja mengalami satu mimpi buruk yang langsung tak masuk akal dan saya terjaga dalam keadaan menangis.

 

“Secara kasarnya, mimpi tersebut mengenai seseorang itu telah ditipu oleh kawan baiknya sendiri.  Mimpi tersebut lebih sakit dan teruk daripada rasa patah hati,” kongsinya.

 

Dalam perkembangan lain, Alvin difahamkan ketika ini berada di Paris bagi menghadiri acara fesyen jenama terkemuka dunia.

 


image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved