“Aku cadangkan zionis l*wat…” – PU Rahmat Respon Individu Kutuk Peserta GSF 2.0

LocalPolitics
25 May 2026 • 5:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft PU Rahmat GSF

Seperti yang kita sedia maklum, kesemua 28 rakyat Malaysia yang telah ditahan oleh tentera zionis semasa menyertai misi kemanusiaaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 untuk ke Gaza telah selamat tiba di tanah air malam tadi.

Mereka pulang menggunakan penerbangan Emirates EK342 yang mendarat di KLIA Terminal 1 pada jam 9.30 malam tadi. Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor dan juga Menteri Penaung Misi Global Sumud Flotila, Datuk Seri Amirudin Shari serta lebih 100 ahli keluarga peserta.

Artikel berkaitan: GSF 2.0: Belum Dapat Pulang Lagi, Razman Alami Paru-paru Bocor Akibat Dit*mbuk Tentera Israel

Artikel berkaitan: Lokasi Peserta GSF 2.0 Belum Diketahui Sejak 48 Jam Ditahan Tentera Israel

Bagaimanapun, tiada ribut, tiada angin, rupanya ada yang kurang senang melihat peserta-peserta ini sampaikan tergamak melontarkan kata-kata kesat sehingga ke tahap menghina mereka.

Screenshot 2026 05 25 173713

Perkongsian tersebut dilihat telah sampai ke perhatian Rahmat Ikhsan (PU Rahmat) yang juga merupakan salah seorang peserta terdahulu misi kemanusiaan tersebut.

Screenshot 2026 05 25 174257

Malah, salah seoang peserta lain, Musa Nuwayri juga terpanggil dan meluahkan rasa terkilan apabila melihat dirinya bersama peserta lain dihina sebegitu rupa.

 

Screenshot 2026 05 25 174646

Menerusi BERNAMA, suasana di balai ketibaan dipenuhi dengan laungan ‘Free Palestine’ dan Allahuakbar dengan bendera Palestin dikibarkan bagi menyambut kepulangan mereka.

Sumber: BERNAMA, Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.