“Saya tiada kilang cadar” – TokTi Bengang, Ada ‘Scammer’ Guna Videonya Untuk Promote Produk

Entertainment
11 Dec 2023 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Biarpun sudah menyuarakan mengenai isu ini, namun masih ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan imej penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi) ini untuk mempromosikan produk.

Baru-baru ini, TokTi tidak dapat menahan rasa geram terhadap peniaga cadar yang menggunakan videonya untuk mempromosi barang jualan mereka.

Menerusi Instagram TokTi, beliau ada muat naik satu video promosi cadar yang terpapar dirinya, malah video tersebut disertakan dengan latar suara yang mirip seperti suaranya ketika bercakap, difahamkan suntingan suara itu daripada AI.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Tidak berdiam diri, TokTi menegaskan bahawa iklan tersebut adalah palsu, malah TokTi juga bertegas kepada mana-mana pihak untuk tidak menggunakan imejnya sesuka hati untuk promosikan barang.

Jelas TokTi lagi, kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku kepadanya dan ia membuatkan TokTi jadi kesal kerana ramai yang terpedaya.

Tegasnya lagi, buat masa kini hanya beberapa produk sahaja yang ada ikatan kontrak dengannya dan mereka diberi kebenaran untuk menggunakan imejnya.

Sebelum ini, TokTi pernah membuat kenyataan kepada peniaga produk lebatkan rambut yang sengaja menggunakan gamabrnya dan suami serta memberikan kenyataan palsu.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.