“Saya Tiada Telefon Tiada Rujukan..” – Berada Di Sebalik Tirai Besi Bukan Penghalang, Banduan Berjaya Peroleh 8A Dalam SPM

28 May 2024 • 4:07 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun tidak mendapat kemudahan seperti pelajar lain yang menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), dua banduan dari Sekolah Integrasi Marang berjaya membuktikan ia bukan satu halangan untuk mencapai kejayaan.

Gigih berusaha mengulangkaji

Memetik laporan Berita TV3, Aiman, 20, bukan nama sebenar, berasa amat bersyukur apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam SPM 2023. Meskipun sedang menjalani hukuman penjara selama setahun tujuh bulan, dia tetap bertekad untuk mengubah nasib dan cuba sehabis baik bagi menduduki peperiksaan tersebut.

Kalau berbanding pelajar lain di luar sana, saya di sini tiada telefon tiada rujukan untuk mengulangkaji.

 

Sangat sukar, tetapi apa yang boleh saya buat ialah berusaha bangun setiap malam, bertahajjud, solat hajat, serta berdoa dan fokus ketika belajar, selebihnya saya berserah kepada Allah.

image is not available

Sumber : Buletin TV3  

Hadiah buat ibu bapa

Sementara itu, rakannya, Asraf, 20, bukan nama sebenar, yang sedang menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun itu turut menyatakan rasa syukur dengan memperoleh keputusan 4A.

Katanya, walaupun tiada rezeki mendapat keputusan cemerlang seperti Aiman, namun dirinya tetap merasa sebak kerana dapat memberi hadiah kepada ibu bapanya dengan keputusan tersebut.

Sebagai seorang kawan saya bangga dengan kawan saya (Aiman) tu tapi saya tak pernah rasa cemburu, walaupun berbeza 8 dengan 4 tapi saya rasa itu dah cukup hadiah pada saya itu antara pemberian untuk keluarga pada ibu saya.

image is not available

Sumber : Harian Metro  

Sekadar info, Aiman dan Asyraf merupakan calon peperiksaan SPM dari Sekolah Integrasi Marang yang telah menduduki peperiksaan berkenaan pada tahun lalu.

image is not available 23 hours ago

Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM, Kak KM Hadiahkan Anak Lelaki Kereta Mercedes & Cek RM10,000!