"Saya Tidak Beli Kereta BMW Baharu" - PM Anwar

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 10:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Saya Tidak Beli Kereta BMW Baharu" - PM Anwar

"Saya Tidak Beli Kereta BMW Baharu" - PM Anwar

BATU PAHAT, 9 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau membeli sebuah kenderaan mewah jenama BMW untuk kegunaan peribadi.

“Ada orang cakap Anwar ini cakap nak tolong orang miskin tapi dia beli kereta besar, kereta baharu BMW... saya tak beli, itu kereta lama... apa pasal mahu tipu,” katanya dalam ucapan pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan di Senggarang di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kenderaan Mercedes yang sering digunakan ketika ini pula adalah kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

“Yang saya pakai sekarang ini, Agong kurnia dan bukan saya ambil (sebagai hak milik persendirian)... saya daftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri... jangan fikir saya macam orang lain, sakau dan curi duit rakyat,” katanya.

Penafian itu dibuat susulan dakwaan yang tular di platform media sosial berhubung status pemilikan kenderaan BMW yang digunakan Perdana Menteri sebelum ini.

Baca juga:

Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) dalam kenyataan Isnin lepas memaklumkan kereta jenis BMW yang digunakan Perdana Menteri baru-baru ini adalah aset sedia ada milik kerajaan dan bukannya kenderaan rasmi baharu.

Kenyataan sama memaklumkan kenderaan itu ialah aset di bawah seliaan BIUPA yang dikhususkan untuk kegunaan logistik rasmi negara.

Hadir sama pada program malam ini Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi.

Turut hadir calon PH bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang Onn Abu Bakar, Mohd Khuzzan Abu Bakar (DUN Semerah) dan DUN Penggaram Felicia Poh Rui Ling.

PRN Johor akan berlangsung Sabtu ini dengan PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved