PM Anwar nafi beli kereta BMW baharu -“Jangan fikir saya macam orang lain, sakau & curi duit rakyat”

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 10:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau membeli sebuah kenderaan mewah jenama BMW untuk kegunaan peribadi, sambil menyifatkan tuduhan yang tular di media sosial itu sebagai tidak benar.

Guna kereta lama

Memetik laporan daripada Bernama, beliau yang berucap pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan di Senggarang menjelaskan bahawa BMW yang digunakan sebelum ini merupakan kenderaan lama milik kerajaan dan bukannya pembelian baharu.

“Ada orang cakap Anwar ini cakap nak tolong orang miskin tapi dia beli kereta besar, kereta baharu BMW… saya tak beli, itu kereta lama… apa pasal mahu tipu,” katanya.

Image from: PM Anwar nafi beli kereta BMW baharu -“Jangan fikir saya macam orang lain, sakau & curi duit rakyat”

Mercedes tular kurniaan dari Agong

Beliau turut menjelaskan bahawa kenderaan Mercedes yang sering digunakan ketika ini adalah kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan telah didaftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Yang saya pakai sekarang ini, Agong kurnia dan bukan saya ambil (sebagai hak milik persendirian)… saya daftarkan di bawah Jabatan Perdana Menteri… jangan fikir saya macam orang lain, sakau dan curi duit rakyat,” katanya.

Image from: PM Anwar nafi beli kereta BMW baharu -“Jangan fikir saya macam orang lain, sakau & curi duit rakyat”

Penjelasan itu dibuat susulan dakwaan mengenai status pemilikan BMW yang digunakan Perdana Menteri sebelum ini.

Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri bersama Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa (BIUPA) turut memaklumkan bahawa BMW berkenaan ialah aset sedia ada milik kerajaan yang dikhususkan bagi kegunaan logistik rasmi negara, dan bukannya kenderaan rasmi baharu.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved