‘Saya warga Jepun, tren Malaysia menarik, tingkap retak bukan masalah besar’

17 Oct 2026 • 4:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya warga Jepun, tren Malaysia menarik, tingkap retak bukan masalah besar’

PETALING JAYA – Keadaan tingkap sebuah tren yang kelihatan retak mencuri perhatian seorang warga Jepun sehingga perkongsiannya di media sosial meraih perhatian rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @thaifood_yum, dia meluahkan rasa hairan selepas melihat keadaan tingkap tren berkenaan ketika menggunakan perkhidmatan kereta api di Malaysia.

“Sebagai orang Jepun, kereta api Malaysia sangat menarik. Saya belajar bahawa tingkap retak bukanlah satu masalah besar,” tulisnya.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, tingkap pada salah sebuah gerabak yang kelihatan mempunyai kesan retakan yang ketara.

Perkongsian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan sebahagian mereka mendakwa kerosakan sedemikian dipercayai berpunca daripada perbuatan individu tidak bertanggungjawab membaling batu ke arah tren.

Pengguna @nexus_carspots mendakwa terdapat individu yang membaling batu ketika kereta api sedang melalui sesuatu kawasan.

“Individu tidak bertanggungjawab membaling batu ketika kereta api sedang lalu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @sponge.duck mendakwa tingkap berkenaan masih selamat kerana menggunakan beberapa lapisan kaca.

“Ia selamat, terdapat tiga lapisan kaca. Ada kanak-kanak di sesetengah kawasan luar bandar yang suka bermain dan membaling batu ke arah tingkap,” dakwanya.

Sementara itu, @emyyy25 mendakwa tingkap yang diganti baharu juga berdepan risiko mengalami kerosakan sama sekiranya perbuatan membaling batu terus berlaku.

“Mereka tukar kepada tingkap baharu, kemudian ada kanak-kanak membaling batu. Mereka tukar sekali lagi, kemudian batu dibaling lagi dan lagi,” katanya.

Ada juga pengguna tren berseloroh, tingkap pecah tidak mendatangkan masalah kepada mereka asalkan selamat tiba ke destinasi.

“Ya, kami tidak begitu kisah selagi kami dapat sampai ke destinasi dengan selamat,” @fatimahakhir96.

“Saya sudah melihat keadaan seperti ini sejak 2018. Mungkin mereka sudah penat membaiki kerosakan yang berlaku sama ada secara tidak sengaja atau disengajakan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya warga Jepun, tren Malaysia menarik, tingkap retak bukan masalah besar’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved