“Sayang Adalah Rumah Tempat Abang Kembali” – Netizen ‘Cair’ Lihat Ucapan Anniversary Norman Hakim Buat Memey Suhaiza

LocalEntertainment
24 Sep 2026 • 4:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon popular, Norman Hakim, meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila usia perkahwinannya bersama isteri tersayang, Memey Suhaiza, kini genap memasuki tahun ke-15.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Norman mengimbau kembali pelbagai detik suka dan duka yang telah dilalui bersama sepanjang tempoh bergelar suami isteri. Menyifatkan Memey sebagai tiang ketenangan dalam hidupnya, Norman tidak melepaskan peluang memberikan penghargaan khas buat wanita yang sentiasa setia di sisinya.

Advertisement
View this post on Instagram

“Sayang adalah ‘rumah’ tempat Abang kembali. Tempat Abang menemukan ketenangan selepas penat berjuang, tempat kita membesarkan anak-anak, membina impian dan menyusun kehidupan ini bersama-sama.”

Menurut Norman, biarpun menyedari kelemahan diri sebagai seorang pemimpin keluarga, dia amat menghargai ketaatan Memey yang sentiasa percaya dan menyokongnya sebagai seorang suami dan bapa.

“Terima kasih sepanjang 15 tahun ini sentiasa menjadi isteri, sahabat dan makmum yang taat dan setia. Terima kasih kerana percaya kepada Abang sebagai imam, walaupun Abang sendiri masih banyak kekurangan…”

Sebelum ini, isu kekeluargaan yang melibatkan hubungan antara Norman, bekas isterinya Abby Abadi, serta anak-anak mereka pernah mencetuskan tumpuan media dan netizens. Malah, kemelut rumah tangga anak perempuan mereka, Marissa Dania, turut menjadi ujian besar yang menguji kekuatan dan kesabaran seluruh ahli keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

evertt gomes2026-09-24 13:13:02

“Tolong Hormat Nama Keluarga Saya” – Evertts Gomes Tegur Kesalahan Ejaan Berulang

The post “Sayang Adalah Rumah Tempat Abang Kembali” – Netizen ‘Cair’ Lihat Ucapan Anniversary Norman Hakim Buat Memey Suhaiza first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved