Anwar imbau kenangan bersama Kapten Zainol

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 5:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Anwar imbau kenangan bersama Kapten Zainol

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan bersama Allahyarham Kapten Zainol Afiq yang pernah menerbangkannya ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022.

 

Anwar berkata, beliau turut menghubungi bapa Allahyarham, Bee Sham Ahmad bagi menyampaikan salam takziah kepada seluruh keluarga atas pemergian Zainol dalam nahas helikopter di Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.

 

“Saya baru menghubungi ayahanda kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq, bagi menyampaikan salam takziah dari pihak saya, Azizah dan keluarga kepada seluruh keluarga besar Allahyarham.

 

“Tatkala mengimbau kenangan sewaktu Allahyarham bertanggungjawab menerbangkan saya ketika kempen PRU15 lalu menjadikan saya sangat tersentuh dan mengesankan sanubari yang terdalam,” katanya menerusi hantaran di akaun media sosialnya.

 

Menurut Anwar, kehilangan itu amat berat untuk ditanggung, khususnya oleh keluarga dan anak-anak Allahyarham yang masih kecil.

 

Beliau turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk meneruskan kehidupan selepas kehilangan insan tersayang.

 

Dalam pada itu, Anwar memberi jaminan kerajaan akan memastikan segala bantuan dan keperluan keluarga Allahyarham serta keluarga mangsa lain diberikan pembelaan sewajarnya.

 

“Semoga Allah SWT mengasihani mereka, mengampun segala dosa mereka, melimpahkan rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan para syuhada,” katanya.

 

Anwar berkata, Malaysia turut meratapi pengorbanan serta jasa yang dicurahkan kesemua mangsa kepada negara.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang semalam, sebuah helikopter yang membawa lima individu termasuk empat petugas perubatan dilaporkan terhempas berhampiran Long Lellang STOLport, Ulu Baram

 

Nahas itu mengorbankan kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan. –UTUSAN

The post Anwar imbau kenangan bersama Kapten Zainol appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved