Aktres Nora Danish mencuri perhatian apabila berkongsi mesej peribadi (DM) daripada seorang wanita yang menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kedua, sekali gus madunya.
Nora, 44, mengakui terkejut dengan tawaran yang diterima secara tiba-tiba itu, namun tidak mengambilnya secara serius. Sebaliknya, dia menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang isteri yang baik kerana sanggup membuka ruang untuk suaminya berkahwin lagi.
AdvertisementDedah Pernah Diajak Bermadu
Menerusi hantaran di media sosial, Nora mendoakan agar wanita berkenaan terus bahagia bersama suaminya.
View this post on Instagram
“Isteri syurga.
“Mari kita doakan agar suaminya setia padanya dan menjaganya dengan penuh cinta hingga akhir hayat,” katanya.
Nora turut mengakui tersentuh membaca mesej tersebut dan berharap hubungan pasangan itu sentiasa dilimpahi kebahagiaan.
“Tak tahu nak rasa apa. Kalaulah ini benar, sayunya hati.
“Ada juga isteri sebaik ini. Jangan buat saya menangis malam-malam, hujan ini,” katanya lagi.
Wanita Tawar Suami Untuk Ta’aruf Dengan Nora
Terdahulu, wanita terbabit menghubungi Nora menerusi ruangan mesej di Instagram dengan menawarkan dirinya untuk menjadi madu kepada wanita berkenaan.
Dalam mesej tersebut, wanita itu menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang beriman dan baik selain menyatakan hasrat mencari jodoh kedua buat suaminya.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum kak Nora. Suami saya beriman dan sangat baik. Saya juga sedang mencari jodoh kedua buat suami saya.
“Jika kak Nora sudi ta’aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati,” tulisnya.
Perkongsian Nora itu kemudian menarik perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi terhadap tawaran berkenaan.
Rata-rata turut menasihatkan Nora supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian kerana bimbang ia mempunyai unsur penipuan.
Nora Pernah Berkahwin Dua Kali
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 sebelum mereka bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17.
Nora kemudiannya berkahwin dengan Mohamed Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Mohamed Neqayl, lapan.
Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Saya Sudah Tak Tahan” - Intan Najuwa Dakwa Terima Ancaman Bunuh Daripada Akaun Palsu
The post “Sayu Hati..” – Nora Danish Dedah Pernah Diajak Bermadu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




![Kerusi Di Medan Selera Tercabut Hingga Ada Yang Terjatuh, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/kerusi-tercabut-1.jpg?t=1791875304)
