Kerusi Di Medan Selera Tercabut Hingga Ada Yang Terjatuh, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

13 Oct 2026 • 1:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Medan selera merupakan salah satu tempat makan yang sering dikunjungi oleh orang awam. Malah ia menjadi tumpuan kerana kawasan ini mempunyai fasiliti yang mudah seperti parkir, gerai makan dan banyak lagi.

Wanita minta pihak berkaitan ambil tindakan selepas ada orang jatuh kerana kerusi di medan selera tercabut

Namun baru-baru ini seorang wanita meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan di sebuah medan selera di Petaling Jaya selepas kerusi pada meja makan tercabut dan membahayakan keselamatan pelanggan.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan oleh Shaza Azln di Threads, awalnya kelihatan dua orang wanita sedang duduk di sebuah meja di medan selera berkenaan.

Wanita jatuh daripada kerusi diduduki ketika sedang makan

Turut kelihatan wanita berbaju ungu itu menghulur duit dipercayai untuk membayar makanan yang sudah selesai dimakan serta sedang menunggu wanita berbaju hitam yang duduk di hadapannya makan.

Tidak lama kemudian kelihatan wanita berbaju hitam itu seperti bergerak sebelum secara tiba-tiba terjatuh daripada kerusi yang didudukinya itu.

Insiden itu turut membuatkan orang ramai serta wanita berbaju ungu terkejut dan segera bangun untuk membantu wanita berkenaan. Kelihatan seorang lagi wanita turut hadir untuk membantu.

Alas kerusi tercabut daripada besi dipercayai punca wanita jatuh

Sewaktu bangun kelihatan alas kerusi berwarna kuning tercabut daripada besi meja berkenaan dan dipercayai perkara itu menyebabkan punca wanita tersebut terjatuh.

Shaza dalam hantaran itu turut mendakwa banyak aduan telah diberikan mengenai kerusi yang sudah banyak tercabut serta ramai yang terjatuh namun tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

Malah dia bertanya adakah pihak berkuasa menunggu sehingga berlaku perkara tidak diingini untuk mengambil tindakan.

Mangsa yang terjatuh dikatakan seorang makcik

Jelasnya mangsa di dalam CCTV tersebut adalah seorang wanita berumur namun dia tidak mengetahui keadaan terkini makcik terbabit selepas terjatuh dari kerusi itu.

Dia juga meminta orang ramai untuk menularkan hantaran tersebut sehingga ia mendapat respon daripada pihak berkuasa.

Jelasnya ini bukan insiden pertama, sebelum ini terdapat seorang bayi yang terjatuh disebabkan kerusi yang tercabut.

“Kerusi dan meja ni rosak bukan baru tau korang dah lama, akhir banjir hari tu bulan 5 (Mei) dan rosak pun pada bulan Mei bukan baru je dua ke tiga hari rosak, tolong lah ya kami tak sanggup tengok ramai lagi yang jatuh sebab bukan tak sakit bucu kerusi tu kalau kena pun berdarah dik,” katanya.

Menerusi CCTV yang dikongsikan, insiden tersebut dipercayai berlaku jam 12. 59 tengah hari pada 10 Oktober yang lalu.

View on Threads

Ada yang dah pernah buat laporan mengenai kerusi tercabut di medan selera sama

Melihat di ruangan komen, ada seorang pengguna memaklumkan dia juga telah membuat laporan mengenai kerusi tersebut pada April yang lalu.

Ada juga berpendapat fasiliti tidak dijaga meskipun bayaran sewa dikutip pada setiap bulan.

Tidak kurang ada juga yang berpendapat kerusi tersebut tidak praktikal kerana ia mudah tercabut selain tidak selesa.

Namun ada juga berpendapat kerusi tersebut hanya perlu diketatkan menggunakan skru dan masalah tersebut akan selesai.

“Tak praktikal langsung kerusi meja jenis ni. Sedang tercabut, kedudukan tak selesa. Harap pihak berkuasa tempatan keluarkan idea baru”

Image from: Kerusi Di Medan Selera Tercabut Hingga Ada Yang Terjatuh, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

“Benda macam ni ambil skru ketatkan jelah. Sebab sikap malas nak betulkan tu jadi longgar terus. Benda mudah, ketatkan jelah. Kawasan kau kot”

Image from: Kerusi Di Medan Selera Tercabut Hingga Ada Yang Terjatuh, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

“Orang nak makan. Tempat duduk tak sempurna. Sebelum ada orang tua yang patah pinggang sewajarnya pihak berkaitan tukar kerusi lebih baik”

Image from: Kerusi Di Medan Selera Tercabut Hingga Ada Yang Terjatuh, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

“Aku tak boleh bayangkan yang duduk tu orang yang sedang mengandung, macam mana nanti? Tolong buat sesuatu sebelum benda yang tak diingin berlaku dekat orang lain”

Image from: Kerusi Di Medan Selera Tercabut Hingga Ada Yang Terjatuh, Ramai Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved