‘Sayunya hati’ – Nora Danish diajak bermadu

LocalEntertainment
16 Oct 2026 • 9:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Sayunya hati’ – Nora Danish diajak bermadu

PETALING JAYA – Aktres Nora Danish mencuri perhatian apabila berkongsi mesej peribadi (DM) daripada seorang wanita yang menawarkannya menjadi isteri kedua, sekali gus madunya.

Terkejut namun dalam masa tidak menerima tawaran yang hadir secara  tiba-tiba itu, Nora, 44, Nora menyifatkan wanita  tersebut sebagai pasangan terbaik buat si suami.

“Isteri syurga.

“Mari kita doakan agar suaminya setia padanya dan menjaganya dengan penuh cinta hingga akhir hayat,” katanya dalam satu hantaran media sosial.

Menerusi hantaran sama, Nora yang tersentuh dengan perkara tersebut juga berharap hubungan pasangan suami isteri itu sentiasa dilimpahi kebahagiaan.

“Tak tahu nak rasa apa. Kalaulah ini benar, sayunya hati.

“Ada juga isteri sebaik ini. Jangan buat saya menangis malam-malam, hujan ini,” katanya lagi.

Terdahulu, seorang wanita melamar ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi ruangan mesej dalam Instagram untuk dijadikan madu yang juga isteri kedua suaminya.

Dalam mesej sama, wanita tersebut juga menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang baik selain menawarkan ruang untuk Nora berkenan lebih rapat dengan lelaki itu.

“Assalamualaikum kak Nora. Suami saya beriman dan sangat baik. Saya juga sedang mencari jodoh kedua buat suami saya.

“Jika kak Nora sudi ta’aruf bersama suami saya, saya amat berbesar hati,” tulis wanita tersebut.

Hantaran yang dikongsikan Nora itu menarik perhatian selain meraih pelbagai respons daripada netizen.

Rata-rata netizen turut menasihatkannya agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran sebegitu kerana bimbang menjadi mangsa penipuan.

Sebelum ini, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 sebelum mereka bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal, 17.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Mohamed Neqayl, lapan.

Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada Jun 2024 selepas tujuh tahun bersama. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Sayunya hati’ – Nora Danish diajak bermadu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved