SC dakwa bekas perunding unit amanah dan Skim Persaraan Swasta kerana urus niaga sekuriti tanpa lesen

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 10:43 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SC dakwa bekas perunding unit amanah dan Skim Persaraan Swasta kerana urus niaga sekuriti tanpa lesen Image from: SC dakwa bekas perunding unit amanah dan Skim Persaraan Swasta kerana urus niaga sekuriti tanpa lesen sarah09/10/2026 - 10:43 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 9 Okt – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam mendakwa bekas perunding unit amanah dan Skim Persaraan Swasta (PRS), Henry Tan Soong Yan, di Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan berkaitan aktiviti pasaran modal tanpa lesen.

 

Menurut kenyataan SC, Henry berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana mengaku menjalankan perniagaan urus niaga sekuriti tanpa lesen.

 

Beliau turut berdepan pertuduhan kedua mengikut Seksyen 59(1) CMSA kerana mengaku sebagai wakil Public Bank Berhad bagi urusan urus niaga sekuriti tanpa lesen.

 

Kesalahan mengikut Seksyen 59(1) itu didakwa dilakukan antara Januari hingga September 2021, manakala kesalahan mengikut Seksyen 58(1) berlaku pada Februari 2022. Kedua-dua kesalahan itu berlaku di Ipoh, Perak.

 

Henry mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di hadapan Majistret Norizan Riduan dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

 

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan jaminan, iaitu Henry perlu menyerahkan pasportnya dan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat SC sekali setiap dua bulan sehingga kes berkenaan selesai.

 

Mahkamah menetapkan 16 Disember 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

 

SC diwakili pegawai pendakwa Keith Loo dan Siti Sarah Kamaruzaman, manakala Henry diwakili Dexter Mah daripada firma guaman KS Su & Mah.

 

SC berkata, urus niaga sekuriti merupakan aktiviti terkawal dan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti itu perlu memiliki lesen daripada SC.

 

SC turut mengingatkan pelabur supaya berhati-hati sebelum menyerahkan wang mereka serta ketika mempertimbangkan peluang pelaburan.

 

Orang ramai juga digalakkan merujuk 'Investment Checker SC' di https://www.sc.com.my/investment-checker bagi mengesahkan sama ada seseorang individu atau entiti diberi kuasa oleh SC untuk menawarkan, mempromosikan atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved