Scammer Kini Panggil Mangsa Untuk Muat Turun App Bagi ‘Selesaikan Pembekuan Akaun Bank’

11 Apr 2023 • 12:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Waspada dengan ancaman SMSSpy

Scammer Kini Panggil Mangsa Untuk Muat Turun App Bagi ‘Selesaikan Pembekuan Akaun Bank’. Jika anda baru-baru ini menerima panggilan telefon daripada individu yang meminta anda memuat turun aplikasi dan mendakwa akaun bank anda telah dibekukan, jangan layan panggilan tersebut.

Ia telah didapati ini adalah salah satu modus operandi baru scammer untuk mencuri wang dari akaun bank anda.

image is not available
Scammer Kini Panggil Mangsa Untuk Muat Turun App Bagi ‘Selesaikan Pembekuan Akaun Bank’

Boleh menyebabkan kehilangan wang dari akaun perbankan dan kecurian maklumat peribadi

Perkara itu baru-baru ini dikongsi oleh Jabatan Penerangan Malaysia di Facebook, memberi amaran kepada orang ramai daripada menerima panggilan tersebut.

Menurut mereka, penipuan yang dinamakan SMSSpy ini melibatkan panggilan telefon daripada scammer yang memaklumkan kepada mangsa bahawa akaun bank mereka telah dibekukan.

Mereka kemudiannya akan meminta mangsa memuat turun aplikasi Android untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Namun, tindakan sedemikian akan mengakibatkan wang mangsa dicuri daripada akaun bank mereka serta kecurian maklumat peribadi.

Jika anda menerima panggilan daripada penipu ini, jangan layan dan segera tutup panggilan.

Lagi di sini: