Scammer Upah Badal Haji Acah-Acah Ambil Gambar Di Tanah Suci Tapi Sebenarnya Tak Buat?

Entertainment
27 Jun 2023 • 7:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekarang ini adalah musim menunaikan ibadah haji bagi mereka yang berkemampuan, bagaimanapun ada yang tidak bernasib baik kerana tiada kudrat dan tenaga untuk melakukan ibadah tersebut apabila mempunyai peluang.

Disebabkan itu, mereka akan menggunakan perkhidmatan Badal Haji (wakil untuk bantu tunaikan haji untuk orang-orang tua atau uzur ataupun yang telah tiada). Namun begitu, ada antara mereka yang menggunakan kesempatan untuk menipu.

 

Dah ambil duit, pergi ke tanah suci tapi tak buat ibadah haji?

Perkara ini didedahkan menerusi satu akaun TikTok yang menunjukkan beberapa individu sedang bergambar sambil menunjukkan nama individu yang mereka wakili.

Dalam video tersebut didakwa mereka hanya ke tanah suci dan bergambar sahaja tanpa melakukan proses ibadah haji walaupun sudah dibayar.

@patrajuangga

banyak yang tau sebenarnya,tapi ya gimana???gimana coba cara mengetahui bahwa mereka itu amanah ????#fypシ #fypシ゚viral #fyp #viral

♬ original sound – Patra Juangga

Difahamkan kes yang sama disaksikan sendiri oleh individu yang betul-betul melaksanakan Haji Badal tersebut, Kashful Azim Shaharuddin menerusi Facebook miliknya.

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, apabila dia menjejakkan kaki ke Jabal Rahmah, banyak kertas yang diisi nama orang bersepah diatas lantai, ada yang telah dikoyakkan.

image is not available

image is not available

image is not available

“Niat nak cari sarapan, terserempak geng ini terus jadi kesian pada semua yang terkena. Bayangkan macam-macam bendera negara ada. Siap buang kertas ada nama Allah di atas lantai?”

image is not available

“Moga Allah berikan hidayah kepada pelaku supaya sempat bertaubat sebelum ajal dan meminta maaf kepada waris kerana menipu. Juga moga Allah berikan ahli waris kesedaran agar lebih memilih dan berhati-hati mengamanahkan pelaksana badal haji.”

Seorang satu badal satu tahun saja ya. Bukan 10 badal satu orang dalam satu tahun. Hati-hati badal haji murah. Mahal pun tak jamin tapi lebih logik dengan kos hidup tinggi sekarang. Wallahua’lam.”

Allahuakbar, semoga kita dijauhi daripada ancaman sebegini.

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.