SCIB raih subkontrak RM21 juta naik taraf IPG Keningau

LocalBusiness & Finance
19 Aug 2026 • 6:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

SCIB raih subkontrak RM21 juta naik taraf IPG Keningau Image from: SCIB raih subkontrak RM21 juta naik taraf IPG Keningau liza19/08/2026 - 18:34 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd (SIBS) memperoleh subkontrak bernilai RM21.01 juta bagi kerja-kerja menaik taraf blok asrama pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, Sabah.

 

Subkontrak itu diperoleh daripada Belian Juta Sdn Bhd (BJSB) yang merupakan kontraktor utama bagi projek berkenaan dengan Surat Anugerah telah dikeluarkan kepada SIBS.

 

Di bawah subkontrak tersebut, SIBS bertanggungjawab terhadap pelaksanaan, prestasi dan penyiapan kerja, termasuk penyediaan bahan, tenaga kerja, jentera, peralatan serta loji mekanikal yang diperlukan bagi projek berkenaan.

 

Projek bernilai RM21.01 juta itu dijadualkan bermula pada 21 Ogos 2026 dan dijangka siap pada 22 Januari 2029.

 

Kukuhkan kehadiran SCIB di Sabah

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif SCIB, Datuk Chong Loong Men berkata, Sabah terus menjadi pasaran pertumbuhan penting bagi kumpulan, manakala projek IPG Keningau itu turut memperluas penglibatan SCIB dalam projek berkaitan pendidikan.

 

Menurut beliau, pelaksanaan projek yang berkesan dan siap mengikut tempoh ditetapkan penting bagi memastikan kemudahan berkenaan dapat terus memberi manfaat kepada komuniti setempat.

 

Beliau berkata, SCIB akan terus membina saluran projek berkualiti menerusi pemilihan projek secara berdisiplin, selain memanfaatkan keupayaan kumpulan dalam pembinaan dan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi mewujudkan nilai mampan.

 

Kontrak terbaharu itu menyusuli kontrak EPCC bernilai RM24.59 juta yang diperoleh SCIB pada 5 Ogos 2026 bagi pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Kaingaran di Tambunan, Sabah.

 

Selain itu, pada 7 Ogos 2026, kumpulan turut mengumumkan perjanjian pembangunan bersama strategik bagi pembangunan kediaman bertingkat tinggi di Penampang, menunjukkan usaha SCIB mengembangkan kehadirannya di Sabah melangkaui aktiviti pembinaan dan EPCC teras.

 

SCIB menjangka kontrak IPG Keningau itu menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depannya sepanjang tempoh projek, dengan pendapatan dan keuntungan diiktiraf secara progresif berdasarkan kemajuan kerja, tertakluk kepada pelaksanaan dan penyiapan kontrak. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved