Semalam pemproses mercu Snapdragon 865 dan pemproses kelas pertengahan Snapdragon 765/765G diumumkan secara rasmi oleh Qualcomm di acara Snapdragon Summit. Pagi ini mereka akhirnya berkongsi spesifikasi penuh pemproses yang akan digunakan pada peranti mercu Android pada suku pertama 2020 kelak.

Pada waktu yang sama ia dipadankan pula dengan GPU baharu Adreno 65o yang juga 25% lebih berkuasa berbanding Adreno 64o pada Snapdragon 855. Dengan teknologi Snapdragon Elite Gaming. peranti boleh menyokong grafik yang dikatakan setanding desktop. Paparan HDR 144Hz akan dapat disokong tanpa masalah dengan GPU ini.
Dengan penggunaan cip ISP Spectra 480 pula, kamera sehingga 200 MP bole disokong dengan kemampuan merakam gambar HDR sehingga 2 Gigapixel sesaat, video 8K 30 FPS, 4K 60FPS Dolby Vision dan gerak perlahan 76oFPS tanpa had, Ketika video dirakam, gambar statik masih boleh diambil serentak pada resolusi 64 MP.
Kemampuan kecerdasan buatan Qualcomm AI Engine generasi kelima pula meningkat dua kali ganda ke 15 TOPS berbanding Snapdragon 855. Dengan kemampuan kecerdasan dalam peranti yang lebih berkuasa, pembantu maya dan sistem seperti Google Auto Transcribe misalnya boleh dilakukan lebih pantas. Sokongan memori sehingga LPDDR5 juga disokong untuk kepantasan multi-tugas dan aplikasi sebenar.
Pemproses Snapdragon 865 boleh dipadankan dengan modem X55 5G yang memberikan kelajuan muat turun sehingga 7GBps. Akhir sekali terdapat sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.1 lengkap dengan codec audio aptX Adaptive dan Qualcomm TrueWireless Stereo Plus.
Seperti kami laporkan semalam Xiaomi dan Oppo telah mengesahkan penggunaan Snapdragon 865 pada peranti mercu mereka yang akan dilancarkan pada suku pertama 2020.
