Seafood ‘Underrated’ Di Kuching, Nikmati Pelbagai Sajian Makanan Laut Segar Di Benson Seafood

18 Mar 2023 • 2:15 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sudah 30 tahun beroperasi.

Seafood ‘Underrated’ Di Kuching, Nikmati Pelbagai Sajian Makanan Laut Segar Di Benson Seafood. Seperti yang kita tahu seafood atau makanan laut merupakan antara makanan kegemaran penduduk tempatan di sini. Untuk artikel kali ini, kami ingin memperkenalkan anda sebuah restoran makanan laut yang underrated tapi mantap di Kuching.

Restoran Benson Seafood merupakan sebuah restoran keluarga yang dikatakan sudah berdiri selama 30 tahun lamanya! Restoran ini tiada menyediakan babi ‘No Pork, No Lard‘.

image is not available
Seafood Underrated Di Kuching, Nikmati Pelbagai Sajian Makanan Laut Segar Di Benson Seafood. Sumber foto: FB Benson Seafood

image is not available
Sumber foto: FB Benson Seafood

Pelbagai menu menarik menanti anda

Di sini, mereka menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang memang cun dengan selera orang tempatan seperti Oyster Pancake, Sea Cucumber Soup, Saletd Egg Crab, Midin Belacan, Nestum Prawn, Crab Meat Omellete dan banyak lagi menu lazat yang lain.

Untuk pengetahuan, tukang masak di sini tidak pernah berubah sejak hari pertama pembukaannya! Cuba and bayang kehebatannya dalam menyediakan masakan Seafood dengan pengalaman yang bertahun-tahun lamanya.

Terletak di Jalan Abell, Kuching, Restoran Benson Seafood ini beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam.

image is not available
Sumber foto: FB Benson Seafood

image is not available
Sumber foto: FB Benson Seafood

Lihat pemandangan Sungai Sarawak sambil makan seafood segar

Restoran ini juga tidak jauh dari Hotel Grand Margherita dan anda akan disajikan dengan pemandangan Sungai Sarawak kerana restoran ini berhadapan dengan Waterfront Kuching.

Jadi buat anda yang mengidam nak makan seafood di luarsana, jom singgah ke Benson Seafood untuk merasai makanan laut yang segar-segar belaka.

Lagi port makan menarik untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved